Pensonic melancarkan peraduan Instagram membakar kek amal bersama Amber Chia sempena pembukaan kafe baru dan pusat pendidikan membuat kek untuk kanak-kanak iaitu Les Petits Chefs di Setiawalk, Puchong, baru-baru ini.

Peraduan itu antara insiatif untuk memberi ganjaran dan penghargaan kepada pelanggan setia Pensonic.

Menurut Pengarah Eksekutif Pensonic, Nelson Chew, peraduan terbabit hanya memerlukan peserta 'follow' dan 'like' Pensonic Malaysia dan Amberchia di Instagram serta 'like' Facebook Pensonic seterusnya ambil gambar secara 'selfie' dengan Amber Chia, 'standee' Amber Chia atau mana-mana produk Pensonic yang berkaitan dengannya.

"Seterusnya, peserta memuat naik gambar di Instagram dan Facebook dengan menaip 'hashtag' #AmberChiaMesmerizedByPensonic dan mention@pensonicmalaysia dan @amberchia untuk mengambil bahagian.

"Pemenang bagi pertandingan Fun Charity Bake-Day Bash Instagram ini dicatat-kan di Pensonic Facebook dan laman peminat Instagram," katanya.

Beliau berkata, 10 pemenang dan seorang tetamu pilihan setiap pemenang akan mendapat peluang istimewa menghabiskan hari mereka membakar biskut lazat bersama Amber Chia di Les Petits Chefs Setiawalk, Puchong Disember ini serta me-ngedarkan biskut kepada rumah anak yatim terpilih.

"Objektif utamanya adalah melengkapkan anak-anak yatim dan ibu tunggal yang berminat membuat kek dengan kemahiran yang diperlukan bagi mereka untuk menyara kehidupan dan berdikari.

"Kami sentiasa komited untuk mencapai dan menyumbang sebanyak mungkin bantuan melalui program komuniti ini dan kami gembira bekerjasama dengan Les Petits Chefs dan program komunitinya.

"Selain itu, kami turut menaja keseluruhan rang-kaian 'Chef Room' di Pusat Aktiviti Membakar Kek Les Petits Chefs itu," ujarnya.

Sementara itu, pemilik kafe itu, Su Seau Yeen berkata, dia gembira dan berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara pihaknya dengan Pensonic.

"Kerjasama ini banyak membantu kami khususnya dalam mengendalikan kafe baru ini dan sekali gus memperkenalkannya kepada orang ramai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 5:00 AM