Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Jabatan Imigresen mengambil keputusan menarik balik Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) milik blogger, Alvin Tan dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil berkuatkuasa serta merta hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menghantar surat makluman secara rasmi bahawa pasport kedua-dua mereka akan ditarik balik ke alamat terakhir masing-masing di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mewartakan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai penarikan balik pasport mereka.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka berada di luar negara dan ingin pulang ke Malaysia maka mereka boleh memohon Sijil Perakuan Cemas dikeluarkan Pejabat Perwakilan Malaysia di negara yang mereka berada," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, penarikan balik pasport kedua-dua individu itu adalah yang pertama kali dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 1:32 PM