MANGSA dibawa ke hospital. FOTO Rosli Ilham
MANGSA dibawa ke hospital. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman tidak menolak kemungkinan remaja yang cedera terkena letupan mercun malam tadi kerana bermain mercun buatan sendiri.

Beliau yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih belum terima sebarang laporan daripada keluarga mangsa.

"Siasatan lanjut akan dijalankan termasuk bagi mengenal pasti jenis mercun digunakan remaja terbabit," katanya.

Dalam kejadian 9.30 malam tadi, Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, cedera di leher dan badan dipercayai terkena letupan mercun yang dinyalakannya.

Mangsa dikatakan bermain mercun itu sendirian berhampiran rumah neneknya di Kampung Tok Kah, di sini.

Berita berkaitan:

Cedera di leher, badan akibat mercun

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 2:12 PM