ANTARA kawasan dilanda banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
ANTARA kawasan dilanda banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek


Subang: Kawasan di Kampung Melayu Subang, Bandar Baru Kundang dan Taman Klang Utama masing-masing di Selangor dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira sejam, pagi tadi

Hujan sejak 8.30 pagi itu menyebabkan beberapa rumah penduduk dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 meter.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, sehingga 11 pagi tadi, pihaknya mendapati hanya tiga lokasi ini mengalami banjir kilat.

"Bomba menghantar pasukan untuk memantau kawasan ini selepas mendapat laporan.

"Penduduk dari 50 rumah dan kedai dipindahkan sementara. Air mulai surut 11.30 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 12:10 PM