Seorang mangsa yang cedera di kaki terduduk di luar kelab. - Foto Agensi
Seorang mangsa yang cedera di kaki terduduk di luar kelab. - Foto Agensi
Mangsa serangan diberi rawatan kecemasan di luar kelab selepas Omar S Mateen (gambar kanan) melepaskan tembakan  menggunakan raifal AR-15 dan pistol. - Foto Agensi
Mangsa serangan diberi rawatan kecemasan di luar kelab selepas Omar S Mateen (gambar kanan) melepaskan tembakan menggunakan raifal AR-15 dan pistol. - Foto Agensi
Lelaki dikenali sebagai Omar S Mateen (gambar kanan) melepaskan tembakan dalam kelab gay menyebabkan 50 terbunuh. - Foto Agensi
Lelaki dikenali sebagai Omar S Mateen (gambar kanan) melepaskan tembakan dalam kelab gay menyebabkan 50 terbunuh. - Foto Agensi
Agensi

Orlando, Florida: Seorang lelaki menembak mati 50 orang dalam sebuah kelab gay yang sesak dengan pengunjung di sini, manakala 53 lagi cedera sebelum penyerang itu mati ditembak polis, petang semalam.

Penyerang dikenali sebagai Omar S Mateen, penduduk Port St Lucie, Florida, yang FBI setakat ini yakin dia pengikut kumpulan militan Negara Islam (IS) dan pihak berkuasa Amerika Syarikat menganggap dia serangan pengganas.

Seorang anggota polis yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelab itu berbalas tembak dengan penyerang kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan penyerang kemudian menawan pengunjung sebagai tebusan.

Ketika kejadian ada lebih 300 pengunjung dalam kelab berkenaan dan difahamkan, 100 orang dijadikan tebusan. Menurut polis, lelaki itu bersenjatakan raifal penggempur AR-15 dan pistol.

Tiga jam kemudian, pasukan SWAT menggunakan kenderaan berperisai menyerbu masuk ke dalam kelab dan menembak mati penyerang itu.

Bagaimanapun bapa penyerang berkenaan, Mir Seddique, memberitahu NBC News, anaknya marah melihat dua lelaki berciuman di Miami beberapa bulan lalu.

“Ini tiada kaitan dengan agama. Kami memohon maaf dengan tragedi ini dan tidak tahu menahu dengan tindakannya. Kami juga amat terkejut seperti semua orang,” katanya.

Datuk Bandar Orlando, Buddy Dyer, berkata serangan itu yang terburuk dalam sejarah serangan tembakan di Amerika selepas pembunuhan 32 orang pada 2007 di Universiti Virginia Tech.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 1:20 AM