PASANGAN itu bergaduh berikutan mangsa cemburu. GAMBAR hiasan
PASANGAN itu bergaduh berikutan mangsa cemburu. GAMBAR hiasan
Agensi

ORLANDO, FLORIDA: Seorang wanita mencengkam dan memicit buah zakar teman lelakinya hingga berdarah selepas mereka bertengkar, baru-baru ini.

Pasangan itu bergaduh berikutan mangsa cemburu teman wanitanya mengajak seorang rakan lama berjumpa di Indian Harbour, di sini.

KATIE Lee Pitchford didakwa menyerang kekasihnya selepas mereka bergaduh.
KATIE Lee Pitchford didakwa menyerang kekasihnya selepas mereka bergaduh.

Menurut polis Florida, Katie Lee Pitchford ditahan pada 4 Jun selepas polis menerima laporan berlaku serangan dalam sebuah rumah di bandar itu, kira-kira 110 kilometer dari Orlando.

Dalam laporannya kepada polis, lelaki itu mendakwa Katie, 21, menumbuk, memukulnya menggunakan objek, mencekik dan mencakar mukanya.

Menurut mangsa, Katie yang bekerja sebagai pendandan rambut menyerangnya ketika dia tidur.

Katie ditahan atas dakwaan memukul serta melanggar pengawasan dan bakal dihadapkan ke mahkamah bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 11:50 PM