SEORANG anggota polis memeriksa daging babi yang dijual sebagai daging lembu di sebuah pasar di Surabaya.
SEORANG anggota polis memeriksa daging babi yang dijual sebagai daging lembu di sebuah pasar di Surabaya.

Surabaya: Polis di bandar Kota Besar di sini kelmarin menahan tiga penjual daging di tempat berasingan kerana menipu pembeli.

Peniaga terbabit, semuanya lelaki yang berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.

Dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.

Jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga peniaga itu memberitahu pembeli bahawa daging yang mereka jual itu daging lembu kurang berkualiti, sedangkan ia sebenarnya daging babi.

Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding harga daging lembu yang dijual di kawasan sekitar.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:15 AM