Shamsul Munir Safini


Prai: Sejak lebih 20 tahun lalu, 18 keluarga di Kampung Manis, di sini terpaksa meranduk air najis mereka sendiri selepas kawasan rumah mereka sering dilanda banjir kilat ekoran kejadian air pasang di Sungai Prai yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka.

Bukan itu sahaja, beberapa kanak-kanak dan penduduk di situ kerap dijangkiti penyakit kulit dan penyakit lain selepas sering terdedah kepada bahan kotor seperti sampah yang hanyut ke kawasan rumah mereka setiap kali banjir kilat.

Penduduk, Juma Bee Syed Mohammad, 70, berkata, dia serta keluarganya sudah 43 tahun tinggal di kampung berkenaan dan sejak 20 tahun lalu dia terpaksa menempuh banjir kilat setiap kali berlaku air pasang.

“Tahun lalu saja, lebih 12 kali kejadian banjir kilat berlaku di rumah saya sehingga mencapai kedalaman 1 meter.

“Namun bulan ini sahaja, sudah empat kali kejadian banjir berlaku di rumah saya sehingga merosakkan perabot serta peralatan lain di dalam rumah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 9:03 AM
KEADAAN sungai kecil yang rendah menyebabkan tidak dapat menampung air pasang dari Sungai Prai sehingga menyebabkan banjir kilat di Kampung Manis, Prai sejak lebih 10 tahun lalu.
KEADAAN sungai kecil yang rendah menyebabkan tidak dapat menampung air pasang dari Sungai Prai sehingga menyebabkan banjir kilat di Kampung Manis, Prai sejak lebih 10 tahun lalu.