Vardy (kiri) bersama Fraser Forster bersiap menghadapi EURO 2016. FOTO REUTERS
Vardy (kiri) bersama Fraser Forster bersiap menghadapi EURO 2016. FOTO REUTERS
Mirror

London: Penyerang England Jamie Vardy berjanji menghubungi Arsene Wenger semalam tetapi sehingga kini masih berdiam diri menyebabkan pengurus Gunners itu menganggap ia berita buruk.

Kelab pemain itu Leicester sebaliknya tampil dengan tawaran kontrak baru dipertingkatkan selepas rakan sepasukan Vardy merayu agar usaha diambil menghalangnya menyertai Wenger di Arsenal.

Vardy, 29 kini berada di Perancis bersama skuad England menghadapi EURO 2016 bermula minggu ini.

Wenger menawarkan tebus kontrak pemain itu dengan nilai £20j (RM118 juta) yakin pemain terbabit sudah menerima tawaran Arsenal sekarang sekiranya berminat berhijrah ke Emirates.

Dia sebaliknya tidak berkata apa apa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 2:20 PM