HAMZAH menyampaikan sumbangan berbuka puasa dan moreh kepada masjid dan surau dalam parlimen Larut. FOTO Nor Raidah Awang
HAMZAH menyampaikan sumbangan berbuka puasa dan moreh kepada masjid dan surau dalam parlimen Larut. FOTO Nor Raidah Awang
Nor Raidah Awang


Batu Kurau: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pantau harga barangan sepanjang minggu pertama Ramadan ini sebelum umum senarai harga barang kawalan Sabtu depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, senarai harga barang kawalan itu adalah bagi mengekang peningkatan harga.

Menurutnya, KPDNKK akan menetapkan harga siling untuk barang-barang kegunaan harian yang berkaitan.

"Kerajaan akan sentiasa mengawal harga barangan pada setiap musim perayaan.

"Ini bagi mengelakkan pengguna daripada terbeban dengan kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya selepas penyampaiansumbangan berbuka puasa dan moreh kepada masjid dan surau dalam parlimen Larut, hari ini.

Hamzah berkata, sehubungan itu peniaga diingatkan agar tidak menaikkan harga barang ketika bulan Ramadan ini atau dikenakan tindakan tegas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 10:09 PM