SURAYA Harun. FOTO ihsan Suzlynna
SURAYA Harun. FOTO ihsan Suzlynna
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelakon filem Buluh Perindu pada era 1950-an yang juga bekas isteri kepada Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, Suraya Harun meninggal dunia di hospital di Brunei akibat barah, 5 pagi tadi.

Perkahwinan bekas bintang filem Cathay Keris Film Productions itu dengan Mustapha dikurniakan seorang anak perempuan, Suzlynna.

Suzlynna juga isteri kepada bekas penyanyi Flybaits, Fredo.

Selepas bercerai dengan Mustapha pada 1965, Suraya berkahwin dengan Pangeran Putera Negara Pangeran Omar dan terus menetap di Brunei hingga akhir hayatnya.

Fredo ketika dihubungi berkata, ibu mentuanya menghidap kanser tahap empat dan mula dirawat di hospital sejak empat bulan lalu.

"Isteri saya memang berada di sana menemani ibunya. Jenazah akan dikebumikan di Brunei hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 3:28 PM