THERESA bersama sebahagian koleksi Rodz Accessories yang dihasilkan bagi musim keraian hujung tahun ini.
THERESA bersama sebahagian koleksi Rodz Accessories yang dihasilkan bagi musim keraian hujung tahun ini.
REKAAN tidak terhad kepada satu-satu jenis atau warna.
REKAAN tidak terhad kepada satu-satu jenis atau warna.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Apalah maknanya hidup andai suram tanpa warna, diibaratkan hidup seperti tiada nyawa jika tidak diserikan dengan serakan warna yang ada di sekeliling kita.

Sejak berkurun lamanya warna turut digunakan secara terapeutik bagi menyembuhkan masalah secara fizikal dan mental.

Sejak berkurun lamanya warna turut digunakan secara terapeutik bagi menyembuhkan masalah secara fizikal dan mental.

Secara amnya juga, manusia akan segera bertindak balas kepada warna yang berbeza lalu mampu mengubah 'mood' atau keadaan dirinya daripada negatif ke positif, daripada buruk ke arah lebih baik.

Dek penuh kuasa dan pentingnya warna dalam dimensi hidup seseorang membuatkan pengasas Rodz Accessories, Theresa Rodriguez tampil memperkenalkan koleksi aksesori menarik khusus untuk wanita yang inginkan kelainan kala menyambut keraian pada hujung tahun ini.

Nyata rona ceria dan anggun menjadi inti pati dalam koleksi rekaannya yang seakan-akan memanggil untuk dipadankan bersama busana pilihan.

Himpunan yang dihiasi perincian batu perhiasan unik itu disifatkan sebagai kombinasi moden dan tradisional yang dihasilkan sepenuhnya oleh Theresa.

"Aksesori ini saya khususkan kepada gaya rekaan kontemporari yang boleh dipadankan dengan helaian tradisional untuk stail klasik atau busana moden agar tampak sofistikated.

"Tapi pada masa sama, ia juga boleh digayakan secara kasual bersama seluar jean dan kemeja-T," katanya.

Penggunaan batu separa berharga banyak melatari koleksi gelang, subang, cincin dan rantainya. Sesekali dititipkan juga perincian batu permata dan swarovski, bergantung kepada permintaan pelanggan.

"Menariknya, setiap rekaan boleh dihasilkan atau diubah suai mengikut selera pelanggan. Saya tidak mahu mengehadkan rekaan pada satu-satu jenis atau warna kerana saya percaya setiap individu punyai cita rasa unik bagi menepati personaliti mereka.

"Semuanya bergantung kepada personaliti individu dan keseronokan dalam memainkan warnanya," jelasnya.

Rodz Accessories yang sebelum ini bergerak dalam platform media sosial (www.facebook.com/pages/RodzAccessories) kini dikembangkan ke butik mini di e@The Curve, Mutiara Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 5:03 AM