Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Tao (kanan) menunjukkan bekakuk atau senapang patah buatan sendiri yang digunakan seorang lelaki untuk menembak mati adiknya di Kenigau. - Foto FRANCIS ANDIN

Ardyhansah Amat

Keningau: Seorang lelaki maut akibat ditembak abangnya menggunakan 'bakakuk' di Kampung Kabangawong, Nabawan, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, kejadian yang berlaku jam 4 petang itu menyebabkan Peridan Rawang, 34, maut berikutan pendarahan teruk selepas terkena tembakan di dada.

"Sebelum kejadian, suspek mengarahkan anak sulung mangsa berusia 14 tahun ke kedai untuk membeli mi segera.

“Mangsa dikatakan berang menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa mengambil pedang samurai dipercayai untuk menyerang suspek.

"Suspek kemudian mengambil bakakuk di rumahnya dan menembak mangsa," katanya di sini, hari ini.

Mneurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth sebelum disahkan meninggal dunia.

“Suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 6:56 PM