SEORANG lelaki berusaha membantu melepaskan bangkai anak  ikan jerung berkenaan dari lengan mangsa, tetapi gagal.
SEORANG lelaki berusaha membantu melepaskan bangkai anak ikan jerung berkenaan dari lengan mangsa, tetapi gagal.

Floridal: Seorang wanita berusia 23 tahun digigit seekor ikan jerung di sebuah pantai di sini dibawa ke hospital dengan ikan sepanjang 0.6 meter itu masih melekat pada lengannya.

Wanita berkenaan yang namanya tidak didedahkan, dirawat di sebuah hospital dan dibenarkan pulang pada hari yang sama kelmarin selepas menjalani pembedahan kecil untuk melepaskan bangkai ikan itu.

Anak ikan jerung itu dilapor mati sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian, kata seorang saksi kepada akhbar Sun Sentinel.

Saksi itu juga berkata, haiwan itu menyerang kerana diganggu.

Mangsa pula dilapor tenang selepas digigit.

Usaha pegawai penyelamat, polis dan bomba untuk melepaskan ikan jerung itu dari lengan mangsa di tempat kejadian gagal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 11:03 AM