Loh (empat dari kanan) bersama artis ketika pelancaran program fenomena K-Pop di Watson One Utama, semalam.
Loh (empat dari kanan) bersama artis ketika pelancaran program fenomena K-Pop di Watson One Utama, semalam.
Sofyan Rizal Ishak

Petaling Jaya: Watsons Malaysia, peruncit kecantikan dan kesihatan menganjurkan Festival Kecantikan Watsons dengan tema ‘Bagaimana untuk kelihatan seperti bintang Pop Korea (K-Pop)’ bertujuan meraikan kecantikan dan membawa produk berkualiti serta trend terkini kepada pelanggan.

Tema berkaitan K-Pop dipilih selari fenomena dan trend K-Pop yang melanda di seluruh dunia dan acara itu memberi penekanan kepada gaya serta penampilan K-Pop.

Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, penganjuran festival itu satu pencapaian khusus untuk pelanggan Watsons melalui tawaran pilihan dan variasi, selain menghubungkan mereka dengan trend relevan dalam dunia kecantikan.

“Ia usaha berterusan untuk merapatkan hubungan dengan pelanggan dan meningkatkan pengalaman beli-belah mereka bersama kami,” katanya pada majlis pelancaran Festival Kecantikan Watsons di sini, semalam.

Beliau berkata, festival terbabit pasti menjadi platform pencarian terbaik bagi mereka yang ingin kelihatan cantik melalui penampilan trend terkini.

Pelanggan Watsons boleh menghadiri pelbagai acara termasuk seminar kecantikan, pertunjukan transformasi kecantikan, ruang selfie, persembahan tarian K-Pop dan promosi menarik pelbagai jenama.

Festival Kecantikan Watsons berlangsung dari 27 April hingga 2 Mei ini di Pusat Beli-Belah One Utama di mana pelanggan berpeluang mendapatkan buku foto percuma dengan pembelian RM20 dalam satu resit daripada jenama yang mengambil bahagian dalam acara ini.

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik iaitu sepasang tiket penerbangan ke Korea Selatan setiap hari melalui pembelian produk daripada jenama ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 7:02 AM