Siti Nurani berkongsi kejayaan bersama ibu bapanya selepas Majlis Istiadat Konvokensyen ke 84 di dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria.
Siti Nurani berkongsi kejayaan bersama ibu bapanya selepas Majlis Istiadat Konvokensyen ke 84 di dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria.
Ayusliza Azizan

Shah Alam: Graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadikan bapanya yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sebagai inspirasi untuk menamatkan pengajian.

Siti Nuraini Zakaria, 26, berkata, dia gembira kerana dapat berkongsi kejayaannya itu bersama ibu bapanya yang cacat penglihatan.

"Ayah saya berjaya belajar sehingga peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kini bergelar pensyarah kanan di sebuah universiti swasta walaupun mempunyai keupayaan terhad.

"Pada awalnya saya mengambil jurusan rekaan dalaman di peringkat diploma namun menukar kepada perbankan Islam kerana lebih meminati bidang perakaunan dan ia memang susah.

"Bertukar kepada jurusan lain menyebabkan saya seperti mengulangi semula dan ia menambahkan masa setahun lagi untuk tamat namun saya perlu tempuhinya," katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-84, di sini, hari ini. katanya.

Sementara itu, ibunya Toriah Salim, 60, berkata, sebagai ibu, dia sentiasa menyokong keputusan anaknya.

Katanya, dia lega kerana anak keduanya itu menamatkan pengajian dan bekerja dalam bidang diminati serta sudah berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 7:32 PM