Keadaan bandar Aleppo yang kini lengang dengan banyak bangunan musnah. - Foto AFP/Getty Images
Keadaan bandar Aleppo yang kini lengang dengan banyak bangunan musnah. - Foto AFP/Getty Images
AFP

Beirut: Kira-kira 30,000 orang awam, sebahagian besarnya penghuni kem pelarian di selatan Syria melarikan diri meninggalkan wilayah Aleppo sejak 48 jam lalu berikutan pertempuran sengit antara kumpulan pemberontak menuju sempadan Turki namun malangnya tentera Turki melepaskan tembakan ke arah mereka.

Human Rights Watch (HRW) yang mendesak Turki membuka sempadannya kepada pelarian terbabit bagaimanapun, tidak menyatakan kemungkinan ada pelarian berkenaan terkena tembakan atau tidak.

Pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pengawal sempadan Turki melepaskan tembakan ke arah pelarian yang melarikan diri daripada pertempuran antara kumpulan Negara Islam (IS) dengan pemberontak.

“Ketika orang awam melarikan diri daripada peperangan, Turki bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah pelarian,” kata penyelidik HRW, Gerry Simpson.

Menurut HRW, sebahagian besar pelarian itu ialah penghuni kem kecemasan di sepanjang sempadan Syria dengan Turki.

Bahagian Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) menganggarkan sehingga 23,000 pelarian melarikan diri dari kawasan pertempuran, berkumpul di sempadan dan terdedah kepada bahaya terkena tembakan.

Pertempuran di Aleppo masih berlaku kerana IS serta beberapa kumpulan pemberontak lagi tidak menerima gencatan senjata konflik lima tahun yang sudah membubuh 270,000 orang antara tentera kerajaan sokongan Russia dan pemberontak yang bermula tujuh minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 5:39 PM