A Thaiveegan (dua dari kiri) menunjukkan ganja  47.4 kilogram yang dirampas bernilai RM166,00 pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini. FOTO Mikail Ong
A Thaiveegan (dua dari kiri) menunjukkan ganja 47.4 kilogram yang dirampas bernilai RM166,00 pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan

Georgetown: Perternak lembu dan kambing ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman selepas menemui 47.3 kilogram ganja bernilai RM166,000 yang disembunyikan dalam kereta mereka di Bukit Dumbar, di sini, semalam.

Dalam serbuan 11.15 pagi, lelaki berusia 37 tahun dan wanita, 48, itu melarikan diri, namun berjaya ditahan.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, dadah terbabit adalah untuk pasaran di kawasan Utara.

"Kedua-dua suspek tinggal di sebuah kondominium dan mereka turut dikesan mempunyai ladang menternak lembu dan kambing di Ayer Itam, di sini.

"Berikutan itu, polis turut merampas 20 ekor lembu dan empat kambing milik mereka yang bernilai kira-kira RM70, 000," katanya pada sidang media, di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 4:25 PM