MUSTAPA pada sidang media Hari Terbuka AEC.
MUSTAPA pada sidang media Hari Terbuka AEC.
myMetro

Kuala Lumpur: Kerajaan menggesa pemain daripada sektor swasta dan persatuan perniagaan untuk lebih agresif dalam menganjurkan lebih banyak program promosi serta kesedaran berkaitan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan tidak berpuas hati dengan sumbangan persatuan-persatuan perniagaan atau syarikat swasta dalam usaha mempromosi peluang-peluang ekonomi dalam blok dagangan AEC, sebaliknya hanya mengharapkan pertolongan kerajaan.

Beliau berkata, pihak swasta sepatutnya lebih bersemangat dan komited dalam bersama-sama kerajaan mempromosikan kelebihan AEC kerana di pihak kementeriannya, hampir setiap bulan program pendedahan untuk sektor swasta menembusi pasaran AEC dijalankan.

“Kerajaan berharap syarikat yang telah meraih manfaat hasil daripada pertumbuhan ekonomi ASEAN serta bantuan kerajaan untuk mengadakan program sama bagi membantu syarikat lain menembusi pasaran ASEAN seterusnya membolehkan semua pihak memperoleh manfaat sama.

“Kerajaan tidak berpuas hati dengan sumbangan pihak swasta serta persatuan perniagaan meskipun ada yang menganjurkannya, namun ia masih belum mencukupi untuk meningkatkan promosi serta kesedaran untuk AEC,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 6:55 AM