GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah


KANAK-KANAK lelaki ditemui mati dengan kesan gigitan buaya di Tudan, Miri, hari ini.

Mangsa, Mohd Fairus Mohd Dais, 8, ditemui anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mandi bersama rakannya di kawasan sungai itu sebelum mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesan gigitan haiwan di betis kanan mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.01 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi untuk operasi pencarian.

“Mayat mangsa berjaya ditemui pada 6.45 petang dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

* PIX (ihsan Bomba) - sent via system

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 9:41 PM