KEROSAKAN pada premis yang terbabit insiden letupan. FOTO ihsan Bomba
KEROSAKAN pada premis yang terbabit insiden letupan. FOTO ihsan Bomba
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Lapan cedera dalam insiden letupan di dua premis restoran di pusat beli-belah Mid Valley Megamall ketika kerja penyelenggaraan sistem gas petroleum cecair (LPG), 9.45 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, letupan mengakibatkan kerosakan teruk pada kedua-dua premis berkenaan dan berlaku runtuhan siling.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan sudah dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan bomba.

Sementara itu, jurucakap Mid Valley Megamall berkata, mangsa yang cedera terdiri daripada pekerja penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja restoran terbabit.

Katanya, semua sistem LPG di bangunan berkenaan sudah ditutup sehingga arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

"Tiada orang awam yang terbabit dalam insiden ini dan semua mangsa cedera sudah diberikan rawatan lanjut.

"Pusat beli belah ini masih beroperasi seperti biasa dan pihak pengurusan akan memaklumkan perkembangan lanjut berhubung perkara ini dari semasa ke semasa,"dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 1:12 PM