PENIAGA melipat payung mereka ketika kereta api melalui pasar berkenaan.
PENIAGA melipat payung mereka ketika kereta api melalui pasar berkenaan.
Agensi

Bangkok: Kereta api kembali melalui ‘Pasar Payung Lipat’ yang popular dalam kalangan pelancong di Mae Klong dekat sini semalam selepas hampir setahun perkhidmatan itu dihentikan.

Syarikat kereta api Thailand (SRT) melancarkan semula perkhidmatan dari Mae Klong ke Ban Laem selepas menutup laluan sepanjang 33 kilometer itu pada 13 Mei lalu untuk proses baik pulih.

Pasar yang terletak di tepi landasan kereta api berhampiran Stesen Mae Klong di daerah Muang di Samut Songkram adalah tarikan utama pelancong ke wilayah itu.

Peniaga di pasar itu akan menutup payung dan membuka ia semula selepas setiap kali kereta api tiba dan meninggalkan stesen berkenaan.

Gabenor SRT, Wuthichart Kalayanamitr berkata, projek bernilai jutaan dolar itu bertujuan meningkatkan keselamatan penumpang dengan menaikkan taraf landasan.

Peniaga di pasar yang dikenali penduduk tempatan sebagai Talad Rom Hoop perlu menutup dan membuka semula payung mereka, lapan kali sehari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:03 AM