WANITA tua berkenaan enggan berganjak dari kaki lima.
WANITA tua berkenaan enggan berganjak dari kaki lima.
Agensi

Hunan: Seorang wanita warga emas yang dilanggar sebuah kereta mainan enggan bangun dan meninggalkan tempat itu sehingga pemandu terbabit ‘membayar’ ganti rugi.

Kejadian luar biasa itu dirakam di bandar Changde, wilayah Hunan minggu lalu.

Wanita itu duduk di atas lantai kaki lima di hadapan seorang kanak-kanak yang memandu kereta mainan berwarna merah, ibu bapanya dan beberapa orang, lapor portal berita Huangqiu.com.

Wanita yang tidak dikenali itu mendakwa kereta mainan itu dipandu laju tanpa lesen di kaki lima - seolah-olah tidak mahu mengakui yang melanggarnya hanya kereta mainan.

Ibu kanak-kanak itu kedengaran menjerit kepada wanita itu: “Saya berjalan di sini dan anda berjalan di sana.”

Wanita tua itu duduk di hadapan kereta itu dengan tangannya di atas bonet pula kedengaran membantah ibu kanak-kanak itu.

Laporan mengenainya bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada wanita itu menerima ganti rugi atau dihantar ke hospital untuk dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 7:18 AM