ISMAIL (tiga kiri) beramah mesra bersama pengusahan ikan dalam sangkar, Tan Eng San (dua kiri) sambil diperhatikan Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Dr Marzuki Hashim (kiri) ketika melawat kawasan penternak ikan sangkar. FOTO Rosdan Wahid

Ayusliza Azizan

Pelabuhan Klang: Fenomena El Nino menjejaskan industri akuakultur kerana menjadi punca ikan mati akibat suhu yang tinggi selain memberi kesan kepada sub-sektor perikanan di negara ini.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, fenomena panas ini juga menyebabkan pengusaha kolam ternakan mengalami kerugian besar kerana ikan yang diternak tidak dapat dijual.

Beliau berkata, peningkatan suhu mengakibatkan penurunan kandungan oksigen terlarut yang memberi tekanan serta kesan negatif terhadap ternakan hingga berlakunya kematian dan serangan penyakit.

"Jabatan Perikanan menyarankan agar penternak mengurangkan pembenihan ikan bagi mengelak daripada risiko ternakan itu mati akibat cuaca panas.

"Selain itu, operasi ternakan juga perlu ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang musim panas serta menggunakan sistem air kitar semula bagi meminimakan penggunaan air," katanya ketika ditemui selepas Majlis Interaksi bersama Penternak dan Nelayan Pulau Ketam, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 5:51 PM