TERTUDUH diringgi anggota Kastam selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kangar. FOTO Eizairi Shamsudin
TERTUDUH diringgi anggota Kastam selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kangar. FOTO Eizairi Shamsudin
Aizat Sharif


Kangar: Lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar 88 kilogram (kg) ganja.

Tertuduh, Hares Waeda-Oh, 26 didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Pemeriksaan Rapi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Padang Besar pada 7 Mac, 9.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dimana jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh kelihatan tenang sepanjang sesi pendakwaan dilakukan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Sebutan semula kes ditetapkan oleh Mohd Izmi pada 2 Jun bagi pelantikan peguam dan penyerahan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, C Parma.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 2:18 PM