AFP

Manchester, England: Susulan penyingkiran Liga Europa di tangan Liverpool kelmarin, peminat Manchester United berdepan igauan menjelang kunjungan ke Manchester City malam ini.

Kekalahan menerusi agregat 1-3 kepada Liverpool menjadikan Piala FA sebagai satu-satunya trofi yang boleh dimenangi United musim ini dan jika tewas kepada musuh setempat City di Stadium Etihad, mereka akan ketinggalan tujuh mata di bawah kelayakan Liga Juara-Juara dengan baki hanya lapan perlawanan.

Kegagalan mara ke Liga Juara-Juara makin menyukarkan musim malang United, menggesa jurulatih Louis van Gaal (gambar) mengakui pertembungan jiran setempat itu perlu dimenangi mereka.

Ditanya jika perlawanan itu disifatkan ‘hidup mati’ dari aspek harapan United layak ke Liga Juara-Juara, Van Gaal berkata: “Saya fikir begitulah. Kami ketinggalan empat mata jadi kami perlu menang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:14 AM