FOTO Adnan Ibrahim
FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim


Kluang: Pelawak, pelakon dan pengacara, Shahrol Shiro menamatkan zaman dudanya selepas selamat diijabkabul dengan wanita pilihannya, Anna Danisha, malam tadi.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 32,yang bakatnya dicungkil dari rancangan realiti Raja Lawak itu dinikahkan dengan Anna atau Nor Farhanah Syamimi, 26, di Dewan Jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, jam 9.15 malam tadi.

Majlis akad nikah yang berlangsung meriah turut dihadiri rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua mempelai.

Pasangan itu mengadakan majlis persandingan di dewan yang sama, hari ini.

Shahrol pernah berkahwin pada 2008 sebelum berpisah tiga tahun kemudian dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 12:17 PM