Keadaan kenderaan yang terbabas di Kilometer 138 Jalan Sibu-Bintulu. (Gambar kecil) Joseph Entulu. FOTO ihsan polis dan arkib NSTP
Keadaan kenderaan yang terbabas di Kilometer 138 Jalan Sibu-Bintulu. (Gambar kecil) Joseph Entulu. FOTO ihsan polis dan arkib NSTP
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun cedera ringan apabila Toyota Land Cruser dipandunya terbabas di Kilometer 138 Jalan Sibu-Bintulu, jam 6.30 petang semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Asisten Superintendan Mathew Manggi berkata, isteri Joseph Entulu, Datin Jacklyne Anthony tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan dari arah Tatau ke Selangau itu hilang kawalan sebelum terbabas akibat jalan licin.

"Laporan polis dibuat oleh pengawal peribadi Joseph Entulu di Balai Polis Mukah, petang tadi," katanya.

Difahamkan, Joseph Entulu dalam perjalanan menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 6:42 PM