Anggota bomba memadamkan kebakaran lori tangki di kilometer 88, Jalan Sibu-Bintulu, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran lori tangki di kilometer 88, Jalan Sibu-Bintulu, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Lori tangki terbakar 40 peratus dalam dalam kejadian di kilometer 88, Jalan Sibu-Bintulu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi itu, salah satu tayar belakang treler berkenaan dikatakan tiba-tiba terbakar, namun begitu, tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Mamat Rhayi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan kebakaran dapat dipadamkan pada jam 9.40 pagi.

"Kebakaran bermula dari salah satu tayar belakang treler berkenaan dan kebakaran sempat dipadamkan sebelum ia merebak ke kawasan tangki," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 12:26 PM