MUKHTAR dan Harison  memegang keratan akhbar berhubung kes pembunuhan  Noor Suzaily pada  2000.
MUKHTAR dan Harison memegang keratan akhbar berhubung kes pembunuhan Noor Suzaily pada 2000.
Aizat Sharif


Kangar: Walaupun sudah 16 tahun insiden jurutera komputer Noor Suzaily Mukhtar dirogol dan dibunuh, namun ia masih tidak dapat dilupakan sepenuhnya oleh ibu dan bapanya Mukhtar Ibrahim, 70 dan isteri, Harison Husin, 66.

Kematian anak perempuan pasangan terbabit sangat tragis apabila dia yang menaiki bas Ekspres Kiara di Perhentian Bas Klang, di ibu kota menuju ke Klang pada 7 Oktober 2000, jam 8 pagi ditemui mati di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Tinggi, Klang.

Dia ditemui terlentang dalam keadaan bogel serta masih berkasut dengan tangan kanannya diikat.

Bedah siasat juga menunjukkan mangsa dirogol dan dibunuh di mana ada 44 jenis kecederaan di tubuh Noor Suzaily menyebabkan berita pembunuhannya itu pernah menggemparkan negara.

Meskipun pelaku jenayah itu, Hanafi Mat Hassan, 46, berasal dari Binjai, Kelantan itu sudah pun ke tali gantung pada 19 Disember 2008, kehilangan Noor Suzaily atau dipanggil Suzi dalam kalangan keluarga tetap dirasai mereka sehingga kini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 8:07 AM