Hanis Hazwani Hazmi, 25, yang memperoleh Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Perdagangan (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya ketika Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) hari ini. - Foto FARIS ZAINULDIN

BERNAMA

Kota Bharu: Politeknik di seluruh negara menawarkan sejumlah 24,000 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia Datuk Mohlis Jaafar berkata tawaran itu bagi pengambilan sesi kemasukan Jun tahun ini.

"Ada 34 politeknik menawarkan lebih 80 bidang pengajian yang boleh dipohon pelajar lepasan SPM mengikut keinginan dan minat mereka," katanya selepas Majlis Konvokesyen Ke-29 Politeknik Kota Baharu di sini, hari ini.

Mohlis berkata Politeknik menawarkan pelbagai bidang pengajian untuk peringkat sijil, diploma dan ijazah yang memenuhi kehendak industri dan kini antara penyumbang terbesar tenaga kerja mahir dan pakar kepada pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia.

Seramai 1,874 pelajar Politeknik Kota Baharu hari ini menerima diploma masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 9:51 PM