AHLI keluarga dan peserta menitiskan air mata ketika membuat kejutan dengan menghadiri majlis terbabit sebagai tanda sokongan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
AHLI keluarga dan peserta menitiskan air mata ketika membuat kejutan dengan menghadiri majlis terbabit sebagai tanda sokongan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Perasaan sedih, tergamam dan gembira menyelebungi 64 peserta Latihan Memperkasa Diri ke-26 anjuran Persatuan Pengasih apabila pada penutup majlis berkenaan mereka didatangi oleh ahli keluarga masing-masing untuk memberi sokongan.

Peserta berkenaan adalah individu yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini dan menyertai program pemulihan empat hari yang dikendalikan Persatuan Pengasih demi memperkukuhkan jati diri masing-masing supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd berkata, peserta berkenaan adalah terdiri daripada penghuni rumah Pengasih daripada seluruh mereka.

"Program pemulihan ini adalah bagi memastikan mereka tidak lagi terjebak dalam penyalahgunaan dadah seterusnya boleh membina kehidupan baru.

"Sokongan padu daripada ahli keluarga juga mampu mengubah penagih dadah ke arah yang lebih baik," katanya, ketika berucap dalam Majlis Penutupan Latihan Memperkasa Diri Ke-26, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 6:11 PM