FOTO Dazar Suarman
FOTO Dazar Suarman
Redzuan Muharam

Johor Bahru: Seorang pemilik syarikat pengiklanan kini hidup tertekan selepas diburu 12 'ah long' sejak Oktober lalu kerana tidak melunaskan pinjaman berserta bunga yang berbaki RM50,000.

Mangsa dikenali Herman, 32, berkata, dia terdesak untuk membuat pinjaman itu bagi membayar gaji pekerja, pembekal dan lain-lain lagi urusan berkaitan perniagaannya.

Herman berkata, dia bagaimanapun tidak sangka tindakan itu mengundang padah apabila terpaksa melunaskan pembayaran melebihi jumlah asal pinjaman.

Herman ditemui pada sidang media di pejabat MCA di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya, di sini.

Hadir sama Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Micheal Tay Chee Boon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 1:39 PM