PERALATAN dan tong gas yang digunakan bagi menyedut keluar gas.
PERALATAN dan tong gas yang digunakan bagi menyedut keluar gas.
Oleh Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Sindiket penyelewengan gas cecair Petroleum (LPG) subsidi dikesan mencipta alatan khas pam elektrik untuk menyedut keluar gas dari silinder LPG.

Sindiket beroperasi di Greenwood, Gombak itu, menggunakan alatan khas itu bagi memastikan gas dicuri dalam dipindahkan pantas ke dalam tong LPG industri.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar hasil serbuan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di premis itu kelmarin.

Hasil serbuan itu, pihak KPDNKK merampas 169 tong silinder LPG yang disembunyikan sindiket di sebuah premis.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub berkata, pihaknya mengesan masih terdapat sindiket yang melakukan kegiatan mencuri gas LPG dari silinder 14 Kilogram (kg).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 7:52 AM