Keadaan motosikal ditunggang dua pelajar yang melanggar belakang bas, pagi tadi.
Keadaan motosikal ditunggang dua pelajar yang melanggar belakang bas, pagi tadi.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Langat: Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar belakang bas di perhentian bas depan SMK Teluk Panglima Garang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 16 tahun dalam perjalanan ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Zailan Tasir berkata, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha SS2 itu gagal mengelak bas yang berhenti di hentian bas untuk mengambil penumpang..

"Kedua-dua mangsa di mana seorang daripada mereka parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 2:12 PM