Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown:Pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang menjaringkan gol 'ajaib' sehingga mendapat perhatian seluruh dunia baru-baru ini dianugerahkan pemain terbaik Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - Asiana.my.

Kejayaan anak muda berusia 29 tahun itu diumumkan melalui laman rasmi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FA Penang) selepas pihak PFAM memberi pengiktirafan kepada pemain berkenaan.

Pencapaian cemerlang yang sungguh membanggakan itu membolehkan Mohd Faiz membawa pulang wang tunai RM1,500 tajaan MVP Sports Agency, sebuah trofi dan gambar berserta bingkai pemain sumbangan asiana.my sekaligus mengalahkan empat lagi calon lain.

Antara pemain lain yang adalah Zah Rahan Krangar (Felda United), Farizal Marlias dan Hariss Harun (JDT) dan Norazlan Razali (Selangor).

Mohd Faiz berkata, pengikhtirafan yang diberikan PFAM itu adalah pencetus semangat buat dirinya menjadi pemain bola sepak yang berjaya dan turut membanggakan skuad Pulau Pinang.

"Anugerah ini menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada saya dan pemain lain untuk diiktiraf PFAM," katanya yang masih cedera tumit kanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 1:55 PM