FOTO ini diambil pada 24 Februari. FOTO Bernama
FOTO ini diambil pada 24 Februari. FOTO Bernama

Kuching: Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan, kira-kira 8 malam tadi.

“Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Siti Huzaimah berkata, tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

“Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

“Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 8:50 AM