Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Budak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala dipercayai didera, di sini, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisoner Sum Chang Keong berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Mengelembu selepas pihaknya menerima panggilan dari sebuah klinik kesihatan.

Katanya, mangsa dibawa oleh neneknya untuk menerima rawatan selepas didapati sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di kepala mangsa.

"Polis akan memanggil saksi untuk dirakam percakapan bagi membolehkan suspek dikenal pasti sekali gus membolehkan tangkapan dibuat dalam masa terdekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 12:26 AM