Sebahagian pelacur yang ditahan. FOTO Nabihah Kamal
Sebahagian pelacur yang ditahan. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Seramai 32 pelacur warga Vietnam dan China ditahan dalam operasi Ops Ikrar oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) di Pudu, disini, malam semalam.

Dalam operasi bermula 9 malam di medan selera berhampiran Jalan Gelang itu, pelacur berkenaan sedang leka tawar menawar dengan pelanggan sebelum ditahan

Penolong Pengarah JIMWPKL Mohd Sharulnizam Ismail berkata, hasil risikan selama dua minggu mendapati wanita warga asing itu giat menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.

"Mereka (pelacur) bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan melawan tetapi semua dapat ditahan.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka dibawa ke Depoh Tahanan Sementara JIMWPKL untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 9:54 PM