Gajah betina yang ditangkap PERHILITAN Kelantan, pagi tadi. FOTO ihsan PERHILITAN Kelantan
Gajah betina yang ditangkap PERHILITAN Kelantan, pagi tadi. FOTO ihsan PERHILITAN Kelantan
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap gajah betina di Ladang Kelapa Sawit, Aring 8, Gua Musang di sini, 9 pagi tadi.

Pengarahnya Mohamad Khairi Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai pada 21 Februari lalu selepas haiwan itu merosakkan tanaman kelapa sawit dan mengganggu pengguna jalan raya Aring- Kuala Berang, Terengganu.

"Selepas dua hari diburu, gajah berkenaan ditemui di kawasan ladang kelapa sawit, Aring 8. Operasi bermula pada 8.30 pagi dan gajah berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan kaedah tembak ubat pelali pada 9 pagi.

"Penangkapan haiwan itu dapat menyelesaikan masalah yang boleh mengancam keselamatan penduduk di sekitar kawasan ladang berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, gajah berkenaan dalam keadaan sihat.

"Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah, Pahang sudah hubungi untuk bantuan pemindahan esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 8:46 PM