DARI kiri, Khairussaleh, Pengerusi Pelaburan RHB Bank Berhad, Tan Sri Ong Leong Huat dan Pengerusi RHB Bank Berhad, Tan Sri Azlan Zainol pada majlis pelancaran slogan baru RHB ‘Together We Progress’.
DARI kiri, Khairussaleh, Pengerusi Pelaburan RHB Bank Berhad, Tan Sri Ong Leong Huat dan Pengerusi RHB Bank Berhad, Tan Sri Azlan Zainol pada majlis pelancaran slogan baru RHB ‘Together We Progress’.

Kuala Lumpur: RHB Capital Berhad (RHB Capital) terus komited dalam memperkasakan perkhidmatan perbankan dan kewangan sedia ada dengan pelancaran slogan baharu, Bersama Kita Maju seiring dengan rekod cemerlang 100 tahun dalam industri itu.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, sebagai institusi perbankan keempat terbesar di negara ini, RHB sentiasa berusaha menyediakan penyelesaian kewangan dan perbankan terbaik kepada pelanggannya.

Beliau berkata, dengan adanya slogan itu, ia turut menjadi sebahagian daripada strategi menjadi penyedia perkhidmatan kewangan multinasional yang menawarkan pelbagai segmen berbeza selain ekosistem kewangan yang unik dan cepat.

“Untuk menjadi institusi kewangan yang maju ke hadapan, kami melihat keperluan memperkenalkan slogan baharu ini sebagai janji jenama terbaik untuk disajikan kepada pelanggan yang berurusan bersama di RHB Capital.

“Malah, dalam dunia perbankan dan kewangan yang semakin pesat membangun ini, kami sentiasa memberikan terbaik selain mencapai rekod terbaik menerusi teras utama meliputi profesionalisme, hormat, integriti, dinamik dan kecemerlangan (PRIDE),” katanya dalam majlis pelancaran janji jenama baharu, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 5:03 AM