RUSLI (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas.
RUSLI (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas.
Oleh Adnan Mohamad


Kota Bharu: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas 36 kotak rokok pelbagai jenis serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah bernilai keseluruhan RM596,800 dalam serbuan di Kampung Kubang Panjang dekat Pasir Mas, semalam.

Komander UPP Kelantan Rusli Karim berkata, rampasan dilakukan kira-kira 3.30 petang hasil risikan selama tujuh hari.

Beliau berkata, rokok itu dipercayai dibawa masuk melalui Pantai Barat Semenanjung untuk dipasarkan di sini.

"Kita percaya ia akan diagih kepada peruncit untuk dijual.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 12:41 PM