BERIKUT antara rangkuman berita dalam dan luar negara sepanjang hari ini. Jangan lupa temujanji kita pada setiap hari jam 7 malam hanya di Metro@7.

• Pelakon dan penyanyi, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan bekas isterinya dua tahun lalu.

• Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman serbu 21 pusat judi serentak menerusi Ops Dadu Tambak di sekitar Johor Bahru.

• Warga emas lelaki berusia 71 tahun antara 33 ditahan khalwat menerusi Ops Jejak Kekasih di Butterworth, Pulau Pinang.

• Anak peneroka Felda berjaya menyelesaikan misi ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 7:04 PM