DENGKIL 16 November 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd Shafie Ngah. NSTP/Mohd Fadli Hamzah
DENGKIL 16 November 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd Shafie Ngah. NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Mohd Shafie Ngah dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik menjadi Exco kerajaan negeri.

Jawatan Timbalan Speaker mendapat dua pencalonan masing-masing Mohd Shafie dan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim.

Pelantikan bagi jawatan itu dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua DUN Selangor ke-13.

Bagaimanapun, semua ADUN Barisan Nasional yang diwakili Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias sepakat untuk berkecuali dan tidak mengundi bagi memilih jawatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 10:57 AM