TERTARIK watak pelumba basikal dalam Married Tapi Benci dijayakan bersama Azira.
TERTARIK watak pelumba basikal dalam Married Tapi Benci dijayakan bersama Azira.
Oleh Ramlah Zainal


Pelakon berbakat Syafiq Kyle mengakui dia tidak ingin dikenali kerana gosip mahupun kontroversi sebaliknya biarlah bakatnya yang dinilai peminat dalam bidang hiburan tanah air.

Malah, kata pemilik nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim ­Abdul Razak, gara-gara kontroversi membabitkan dirinya de­ngan pelakon jelita Uqasha Senrose sebelum ini, ramai peminat yang terlepas pandang perkembangan karier seninya.

Justeru, kata Syafiq, dia berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan Uqasha yang hangat diperkatakan peminat sebelum ini.

“Selepas kontroversi yang berlaku, kami masih berkawan tapi tidak bercinta. Saya juga tidak ada masalah untuk berlakon dengannya dalam drama selepas ini kerana masing-masing profesional.

“Saya juga belum memiliki teman istimewa dan pada masa sama, juga tidak selesa untuk bercerita sisi peribadi dengan peminat berbanding karier seni selepas ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:01 AM