BUSANA daripada material berkualiti beri keselesaan.
BUSANA daripada material berkualiti beri keselesaan.
Oleh Siti Zarinah Sahib


Kehidupan masyarakat berubah setiap hari begitu juga dengan nilai dan sikap individu. Ramai antara kita kini mengutamakan emosi berbanding keperluan material dan menghargai kesihatan dalaman berbanding sebelum ini.

Untuk itu setiap individu sentiasa memilih kehidupan yang sihat serta fesyen ringkas yang mampu digayakan ke mana saja.

Jenama fesyen antarabangsa Uniqlo percaya keindahan seseorang itu datangnya dari dalam. Ia bukan saja penampilan luaran, namun dalaman serta pemikiran yang menjadikan apa yang anda inginkan.

Untuk itu, keselesaan dalam berpakaian menjadi faktor terpenting seseorang itu memilih apa yang disukai mereka. Sempena musim bunga dan panas 2016, LifeWear Uniqlo menyajikan busana yang lebih berkualiti terutama dari segi material antaranya baju linen, kemeja kapas, seluar bermuda dan slack yang memberikan gaya tersendiri kepada si pemakai.

Falsafah Uniqlo mudah, pakaian bukan setakat membalut tubuh, tetapi berfungsi untuk semua acara sama ada aktif dan santai. Ramai orang menggabungkan senaman dalam rutin harian mereka, sama ada berjalan ke pejabat atau melakukan yoga kemudian ke gimnasium sebelum atau selepas kerja.

Memudahkan pergerakan, Uniqlo menyediakan koleksi LifeWear yang membangunkan kepelbagaian fungsi pakaian bagi membantu individu aktif dan lasak supaya mereka kelihatan hebat. Bagi penggemar gaya santai pula jangan sekali-kali berkompromi dengan keselesaan, walaupun berehat di rumah.

Ini kerana ketika berada di rumah, individu bukan saja inginkan pakaian yang selesa, tetapi membantu pergerakan anda tanpa rasa bimbang sekiranya perlu keluar bersantai bersama rakan. Apa yang perlu dilakukan hanya tambahan jaket untuk tampil sempurna.

Antara yang diperkenalkan ialah jean, seluar chino atau baju kapas yang boleh digayakan ke mana saja. Semua koleksi LifeWear musim bunga dan panas 2016 kini boleh diperoleh di semua butik Uniqlo seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 5:02 AM