Nestle tawarkan produk popular dan eksklusifnya di Shopee. FOTO Amirudin Sahib.
Nestle tawarkan produk popular dan eksklusifnya di Shopee. FOTO Amirudin Sahib.
Sofyan Rizal Ishak


NESTLE (Malaysia) Berhad (Nestle) melancarkan kempen Nestle Super Brand Day di platform beli-belah Shopee yang akan menawarkan promosi menarik membabitkan pelbagai produk Nestle bermula 25 hingga 31 Mac 2019.

Tarikan utama kempen ini adalah pelancaran beberapa inovasi paling popular Nestle yang ditawarkan buat kali pertama secara dalam talian hanya secara eksklusif di Shopee.

Produk itu adalah termasuk Nescafe Cold Brew stik terbaharu iaitu produk pertama yang dilancarkan secara eksklusif melalui e-dagang di samping produk lain seperti Maggi Pedas Giler dalam tiga perisa pedas iaitu Ayam Bakar, Tom Yummz dan Seafood Berapi, bijirin Granola Protein Milo, Milo Bijirin Penuh dan susu Nestle Justmilk Strawberi.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, segmen e-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara baharu dan menarik.

“Melalui usaha sama ini, kami bercadang untuk terus meluaskan asas pelanggan kami dan menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik yang memberikan nilai lebih tinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya pada pelancaran Nestle Super Brand Day di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 7:55 PM