Gambar anjing dalam buaian roda ferris yang viral. FOTO ihsan pembaca
Gambar anjing dalam buaian roda ferris yang viral. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsudin Husin

Chukai: Pengusaha pesta ria di Padang Astaka, di sini, disaman Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), hari ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam selepas mengurung anjingnya dalam buaian ketika kerja memasang roda ferris.

Selain itu, MPK turut mengarahkan supaya pengusaha tapak pesta ria berkenaan turut menyamak buaian terbabit.

Yang Dipertua MPK Rosman Roslan mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap pengusaha pesta ria terbabit.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan selepas gambar perbuatan pengusaha terbabit viral di laman sosial sejak semalam.

"Kita minta pengusaha dapat patuh terhadap semua syarat lesen yang diluluskan kerana ia membabitkan sensitiviti penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 8:04 PM