Munusamy ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. FOTO Nabihah Kamal
Munusamy ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Dua lelaki yang merancang untuk melakukan jenayah samun ditahan anggota polis dalam kejadian di stesen minyak di Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, sepasukan anggota polis daripada unit peronda bermotosikal (URB) menjalankan rondaan sebelum menemui dua individu yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota polis menahan dua lelaki itu sebelum memeriksa beg komputer riba seorang daripada mereka.

"Hasil pemeriksaan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 25 dan 26 tahun itu, sebilah pisau pemotong sayur ditemui.

"Suspek dibawa ke Balai Polis Sentul dan hasil pemeriksaan mendapati mereka mempunyai tujuh rekod jenayah lampau," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

"Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 12:57 AM