JAFAR sempat mengambil selfie bersama pasangan itu.
JAFAR sempat mengambil selfie bersama pasangan itu.
JAFAR anggap gambar rakamkan semangat dan harapan rakyat Syria.
JAFAR anggap gambar rakamkan semangat dan harapan rakyat Syria.
DUA serangan bom di Homs minggu lalu mengakibatkan 32 maut dan 90 cedera.
DUA serangan bom di Homs minggu lalu mengakibatkan 32 maut dan 90 cedera.

Setiap hari mereka diselubungi kematian dan kemusnahan. Namun, itu tidak menghalang sepasang pengantin baru merakamkan detik indah di bandar kesayangan mereka.

Anggota tentera Syria itu dan isterinya baru saja selesai majlis perkahwinan mereka dilihat bergaya merakam gambar kenangan di Homs, bandar di Syria yang mengalami kemusnahan teruk akibat peperangan.

Pengantin perempuan anggun dengan gaun putih dilengkapi tiara menghiasi kepala dan memandang suaminya penuh emosi ketika dipeluk dari belakang dalam satu gambar berlatarbelakangkan bangunan tinggal atau musnah dengan puing serta debu berserakan.

Wanita itu nampak berseri-seri dan dalam satu gambar dilihat menabik suaminya. Gambar lebih romantik juga sempat dirakam, dengan suami mencium tangan isteri­nya penuh kasih sayang.

Gambar itu diambil jurugambar Jafar Meray yang mahu merakamkan semangat dan harapan rakyat Syria dalam menghadapi kemusnahan serta peperangan.

Jafar memuat naik gambar itu di Facebooknya, JafaR Photography dengan mesej: “Pasangan berbulan madu.

“Ia bukti kehidupan masih diteruskan dan harapan tetap ada untuk masa depan lebih indah.”

Katanya, dia berharap gambar berkenaan boleh menjadi inspirasi untuk semua warga Syria supaya tidak patah semangat, walaupun negara itu masih tidak aman dan bergelumang peperangan.

“Cinta lebih kuat daripada perang,” katanya.

Homs antara bandar yang paling teruk musnah aikbat pertempuran kerana penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad. Awal bulan lalu, lebih 700 pejuang penentang dan keluarga mereka mula meninggalkan kawasan mereka di bandar itu selepas berperang selama beberapa tahun susulan gencatan senjata dicapai bersama kerajaan.

Namun, sekurang-kurangnya 32 terbunuh dan 90 cedera apabila dua letupan bom berlaku di bandar itu, Isnin minggu lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR).

Letupan kereta berisi letupan serta membabitkan pe­ngebom berani mati berlaku di kawasan Zahra di pusat bandar itu. Ia serangan kedua terbesar di bandar berkenaan sejak gencatan senjata berkuat kuasa. Beberapa minggu sebelumnya, letupan juga berlaku di Zahra menyebabkan sekurang-kurangnya 16 terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:02 AM